Jump to content

Wikispesies

From Meta, a Wikimedia project coordination wiki
This is an archived version of this page, as edited by 26 Ramadan (talk | contribs) at 11:54, 9 March 2018 (Created page with "*Wikidata"). It may differ significantly from the current version.

Wikispesies adalah salah satu projek Yayasan Wikimedia dan telah dilancarkan pada 5 September 2004. Butiran bagaimana projek ini dimulakan boleh dijumpai di halaman soalan lazim. Ia tersedia dalam pelbagai bahasa dan tidak mempunyai kelainan bahasa, seperti Commons.

Wikispesies dibangunakan dengan tujuan untuk menjadi rujukan dan direktori taksonomi bebas, untuk kedua-dua ahli sains dan pembaca biasa. Ia wujud sebagai suatu pangkalan data pengagregatan pengelasan dan salasilah genetik bagi semua spesies hidupan daripada enam alam. Walau bagaimanapun, kandungannya mengenai hidupan adalah berbeza dengan rencana di Wikipedia, di mana penjelasan dan perbincangan sebenar diabaikan di Wikispesies tetapi sebaliknya digantikan dengan akar taksonomi bagi spesies. Setakat Januari 2017, terdapat lebih daripada 500,000 rencana spesies tersedia di Wikispesies.

Keperluan projek seperti Wikispesies kerana kurangnya pusat formal untuk pengelasan taksonomi; satu masalah besar untuk bidang biologi pada masa dahulu dan hari ini adalah pengumpulan pengelasan spesies yang tidak tertib oleh manusia. Ketiadaan pusat yang sesuai untuk pengelasan menyebabkan masalah berlaku dalam berbilang pengelasan bagi spesies yang sama untuk beberapa kali, sama ada dua, tiga atau mungkin lebih banyak. Kejayaan Wikipedia dalam menyelenggara dan mengekalkan jumlah pengetahuan yang banyak telah menunjukkan bahawa penggabung dalam talian sememangnya merupakan alat yang terbaik untuk direktori spesies yang diperlukan oleh masyarakat biologi.

Lihat juga